Isnin lalu 29hb Januari 2007 bersamaan 10Muharam 1427 Hari Asyura. Ingatkan mak ingat rupanya bila telefon dia kata "ooh! dah sampai 10 Muharam awat tak bagi tau lebih awal? Nanti mai bawa kitab mak kale kuning nak baca doa hari Asyura". Selepas janji akan ziarahinya lepas zohor ingat juga dalam hati kena bawa kalender untuk kak cik.
Usai sedikit amal tambahan dihari itu kami ke Sri Serdang. Kitab untuk ibu disampaikan. Rezeki merekalah buah tangan cucuq kodok dan bubur keladi+keledek. Agak pelik ketiga2 beradik Faiz, Danial da Imran tidur manakala Tasha Iman saja ke sana ke mari. Seperti biasa Iman tidak suka jumpa orang tak dikenali tapi lepas beberapa ketika mau la dia. Rupa2nya ketiduran anak2 itu sebab Mummy mereka tengah mengacau bubur asyura.
Selepas 'Asr kami bersiap2 berangkat pulang bersama ibu. Bubuq asyura pun dah siap untuk dibawa pulang. Tiba2 ibu membuat cadangan "mak tak payah balik ke kuang lagilah. Tepon Abang Cik mak pi duduk rumah dia dalam 10 hari. Lepaih tu tepon Mun buat makan2 kat rumah dia ajak abang2 ngan semua lah nak bincang pasai tanah kat kampung. Kak cik hang ni dia dah dok mengamuk nak panggu dia." Macam nak tergelak besar dengan sandiwara kak cik ni .