Berita kini Serta Kisah2 Kenangan Untuk Titipan Ahli keluarga dan kaum kerabat Allahyarham Abdullah (Palestin)
Saturday, May 09, 2009
Silap tu Sayang
Orang cakap Bahasa Arab kita pun cakap. Bolehlah kata 'broken' Arabic. Bila pergi belajar Bahasa Arab reti sikit-skit. Kalau rajin nanti banyaklah yang di reti.
Ibnu Abdullah bermakna seorang anak lelaki kepada Abdullah. Kalau seorang anak perempuan disebut Binti Abdullah. Kalau nak maksudkan ramai anak-anak disebutlah Bani Abdullah. Ada faham, sayang? Biaqpi lah title tu begitu asai semua faham isinya, ok.
Cerita andak belajar Bahasa Arab ni bukan baru dah lama tapi tak khatam2 pun. Pada mula dulu, masa kat England dulu la kan, kan, kan (ehem...belagak la tu) ada seorang kakak dari Kuwait nak bagi private tuition for free tapi andak tak mau kerana tengah buat project untuk dapat ijazah, takut tak lepas. Itu pun lepas cukup2 makan je. Fikir punya fikir, entah2 kalau sudi belajar Bahasa Arab, diberkati Allah ijazah tu pun lebih cantik. Tapi kan, memang bukan suratan, jadi begitulah.
Sambung diMalaysia, maka mualalah belajar di kelas malam dengan Sarah sekali. Tak lama lepas tu Ustad pulak letak jawatan, sebab telah jadi orang korporat. Lepas tu belajar pula dengan kawan2 di Telekom Malaysia waktu "lunch" seminggu sekali saja kat pejabat. Seronoknya belajar dengan Ustaz tu. Separuh masa diajarnya BA dan separuh masa lagi diajak baca Quran dan belajar makna ayat2 bemula dengan ummulquran. Baru beberapa ms surah alBaqarah, anak2 murid korporat situ kurang masa nak belajar. Al-maklum. Jadi Ostad pun serba salah, kadang Andak sorang je mai, kadang berdua dengan Rohaya, kadang2 berdua dengan Ummi. Jeng jeng jeng, dah kata dah andak kan baik, tak ponteng tau. Sedihnya kelas pun dibatalkan dengan nasihat Ostad, "cari Ostad lain dan cari pelajar yang ada masa nak datang kelas".
Nak sambung cerita? Si Rohaya tu baik dia pergi atur pelajar2 kalangan pembantu2 orang korporat dan jemput Ostad baru sebab Ostad tadi dah ada tempahan kat pejabat lain. Ostad baru ini direkomen oleh Ostad tadi. Andak pula pindah pejabat, tapi bercita-cita pergi juga ke pejabat HQ . Kadang2 lewat sangat tak sempat pergi kelas dan kadang2 masuk terlalu lewat. Kali kedua ponteng kena basuh dengan Ostad. Ketakutan pelajar2 pembantu orang korporat tu disebabkan si keparat ni. Jadi andak yang telah bertukar jadi sikeparat pun mohon berundur. Ostad yang awal tu memang lembut orangnya tak pernah marah orang, bak kata kalau pijak semut, semut gelak kat dia. Jadi dia pun hantar Ostad yang kalau lalu pun semut lari bertempiaran. Lol.
Tak payah dah sambung kan... melalut lalut cerita diri sendiri sapa nak ambek pot ntah. Kesimpulannya masih belum khatam.
Tapi bagi yang muda2 tu belajarlah Bahasa Arab, banyak pekdahnya. Paling utama betapa terkesannya baca Quran tu kalau tahu BA. Ai! Ai! Tak pandai BA pun mesti mengaji Quran tu tau.
Subscribe to:
Posts (Atom)